Friday, November 14, 2008

UPSR 2008

UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH

Majlis Guru Besar Negeri Johor dan semua ahlinya merakamkan ucapan setinggi tahniah dan syabas kepada Tuan Haji Sufa’at bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor yang telah berjaya merealisasikan visi ‘ Johor Top 5 ‘ dalam UPSR 2008.

Kami sesungguhnya berjanji akan terus berusaha dan bersama-sama tuan bagi meningkatkan prestasi ini dan seterusnya mendapatkan kejayaan yang lebih unggul untuk tahun-tahun yang akan datang.

Tahniah

Tuesday, November 11, 2008

TAHNIAH MAJLIS GURU BESAR NEGERI JOHOR


Majlis Guru Besar Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Hj. Sufa'at bin Tumin, Pengarah Pelajara Negeri Johor kerana sudi melancarkan laman blog Majlis Guru Besar Negeri Johor pada hari ini 11/11/2008.

Monday, November 10, 2008

MGB JOHOR

SELAMAT DATANG KE BLOG
MAJLIS GURU BESAR NEGERI JOHOR

Majlis Guru Besar Negeri Johor

Tahniah kepada Majlis Guru Besar Negeri Johor yang berjaya mengadakan Seminar sehari yang diadakan pada 11 November, 2008, mulai jam 8.00 pagi. Diharapkan semua yang dijemput mewakili setiap daerah dapat hadir dan dapat memberikan sepenuhnya perhatian di dalam seminar tersebut. Lebih kurang 200 orang peserta akan mengambil bahagian di mana Yang Berbahagia Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor turut hadir untuk merasmikan dan menyampaikan amanat penting. Turut bersama untuk menyampaikan maklumat dan input terkini ialah Tuan Haji Mohd Zakaria bin Yusof, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, wakil rasmi Puan Asiah binti Abu Samah, Pengarah Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tema Seminar kali ini adalah Guru Besar Cemerlang Negara Terbilang.. Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Johor yang turut membantu menjayakan program ini. Tidak lupa juga rakan-rakan Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang yang telah sudi menjadi tuan rumah dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Selamat berseminar dan selamat maju jaya.